Monday, January 12, 2009

South Korea & Saigon in Memories

Baru hari ni berkesempatan masuk n3 pasal trip ke korea and saigon tu. So, just enjoy da journey yeaa..!



Day 01 ~ 16 Dec 2008

Hari ni awal2 pagi lagi dah bersiap. Kena berkumpul di KLIA jam 12.00 tgh. Flight Air Asia ke LCCT jam 8.35am, so sebelum 7.30 kena check-in dah. Pagi ni Airell bangun awal sangat plak dah. Macam tau2 jer mama ngan abah dia nak tinggal dia. Pukul 6.00 dia dah gosok mata. Tapi masa kami lambai dari dalam keta, luckily dia tak meragam nak ikut. Klau tak susah jugak tu, tambah2 Wan dia pun keluar jugak.

Actually this is my 1st time naik Air Asia. Sebelum ni naik MAS jer. Itu pun dah lama. Ye lah, apa ke halnya nak naik flight hari2 kan..
Sampai di LCCT, terus ke KLIA. Haa, kat sini nak habaq untuk sesapa yang tak tau. Dari LCCT ke KLIA nak jimat naik bas jer. (Atau dipanggil shuttle). Baru RM1.50. Nak lagi hebat, naik la teksi. Siap kena kapak 25-30 hinggit gak!

Sebelum ke meeting point, arie ngan abg sempat jugak lunch sesiap kat Food Garden. Apa punya nasib, nasi goreng yang diorder tu rasa cam hampessss! Hadoi la, kes naya tul! Makan jugak la skit sebab nak kena alas perut.

Dah berkumpul nih, baru nampak muka2 geng rombongan nih. Kebanyakannya pompuan la. Anyway suma tu no prob. Tapi yang pergi husband n wife cuma kami dan ada satu lagi couple. Anak dia pun lebih kurang umur Airell. Pun kena tinggal jugak..

Bertolak ke Saigon jam 2.20 pm (sepatutnya jadual bertolak jam 2.35am tapi Vietnam Airlines ni dia nengok orang dah cukup jer terus jalan, ada ka itu macam? ) Tapi bagus la jugak bertolak awal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Sampai di Saigon , kami dibawa berjalan ke Ho Chi Minh city. Pusing2 bandar sementara menunggu waktu malam.
Ni di luar sebuah bangunan kat bandar ni.




Nak tau apa di dalamnya? Nengok foto di bawah..




Pejabat pos daaa…

Kami dibawa ke tempat membuat lacquer (betul ke ejaan nih). Dasyat la jugak klau tengok hasil tangan diorang nih. Kulit telur yang dihancurkan dan dengan seni tangan yang ada, terhasillah gambar/lukisan cecantik yang mungkin orang lain ingat adalah lukisan cat warna etc. Tapi sapa pun tak beli kraftangan kat sini. Mahal bebenor!



Bergambar je laaa.....

Makan malam di sebuah restoran halal. Kebanyakan pelancong dari Malaysia akan singgah dinner di sini mungkin sebab susah tul nak cari restoran halal di sini. Taukenya keturunan melayu champa. Pekerja memang reti la cakap melayu. Masakannya pun sedap, kena betul ngan selera tipikal orang melayu.

Malam, naik Vietnam Airlines lagik. Macam biasa, cukup orang terus chow! Awal setengah jam jugak woo..

Day 02 ~ 17 Dec 2008

Tiba di Incheon International Airport lebih kurang jam 7.00am waktu Korea. Sampai jugak ke bumi korea nih. Sangat laaa terujanyaaaa! Hehehe.. Pepagi ni sorang pun tak mandi. Cuma gosok gigi jerk, pasti mulalah pakai baju 3-4 lapis, sejuk la konon2nya. Keluar je dari epot tu ya Rabbi, cejukkknyyaa! (Abg maintain jer control macho, mentang2 la dia dah penah pegi Beijing, cehhh).
Pepagi tu lepas briefing, terus bertolak menuju ke Nami Island. Sepanjang perjalanan, si tour guide tu (Mr. Kim namanya) sibuk la dok cerita pasal salasilah negara dia nih. Pemandangan di luar tingkap bas pun kurang jelas. Kabus la plak. Abg guna alasan ni la untuk tido sepanjang jalan ke Nami Island tu…zzzz
Sebaik bas berhenti, berkobar-kobar perasaan den ni haaa. Arie dah sampai nami island? Sekali lagi, sangat laaa terujanyaaaa! Sementara menunggu Mr. Kim beli tiket, sempat gak snap foto.


Nami Island adalah sebuah pulau yang direntangi oleh Sungai Han. Macam yang semua orang tahu, inilah pulau yang terkenal sebab drama winter sonata tuh. Nak ke sana mestilah kena naik feri. (Dah la naik reramai, pastu life jacket tu cuma jadi perhiasan jerk kat bumbung feri tuh, malang tu kan ke tak berbau)
Sejuk betullaa Nami Island ni, hidung pun asyik berair jerk. Masa kami di sini, suhunya mencecah -7°C. Scenery di pulau ni memang la romantic. Kalau ke Korea memang wajib la datang pulau ni. Walaupun sekadar pulau yang cuma ada pokok2 jer, tapi bila kita ada di sini, rasa macam tak mau balik pun ada. Sayu tul (nampak sangat ler arie ni dah terpengaruh ngan korean drama tuh). Tetiba rasa diri ni macam Yu Jin plak. Mana Joon Sang nih?....


(Lain-lain gambar bleh nengok kat friendster arie saa@doe.gov.my)


Tamat sudah lawatan ke Nami Island, terus kami dibawa lunch ke sebuah restaurant vegetarian. Kononnya akan dihidangkan dengan nasi goreng. Abg awal lagi dah bagitau “Ayang makan sorang ye, abg teman je” Abg ni sebenaunya memang la tak lalu ngan makanan orang mata sepet nih. So arie pun cuba jugak la makan. Memula rasa sup dia… Ya Allah! Apa punya rasa nih, pelik tul! Nasi goreng ni cara dia serve, dia akan masak atas meja kitorang. Nengok gambar bawah ni.

Sesudu jer arie rasa….. nak termuntah waa cakap luu.. (sorry to Korean)
Sudahnya, naik bas makan biskut..
Abg sempat jugak beli strawberry kat restaurant ni. Sedap gila buah strawberry kat Koreai ni! Dah la gumuk2, manis plak tuh.. Abis licin makan sampai gambar pun tak sempat snap.

Meneruskan perjalanan ke Ski Resort, kami singgah di Chuncheon Myongdong Street. Juga lokasi shoot Winter Sonata. Menurut Mr. Kim, di sini bukanlah tempat shopping terbaik sebab harganya sedikit mahal berbanding di Namdaemun yang akan kami singgah lain hari nanti. Cuma sekadar jejak kaki selama 30 minit, sempat jugak nengok2 barang. Yang paling penting, amik gambo lerr..

Ni la tapak tangan si Jon Sang ngan Yu Jin tu. Kecik jer tangannyerrr…

Hampir sampai ke Ski Resort, kami berhenti makan malam si sebuah lagi restaurant makanan Korea. Kali ni seafood, abg sedikit lega. Tapi rupanya menunya masih Korean style. Arie memang boleh makan menu ni. Nasi lekit (tour leader kami bagi nama kat nasik tuh) dimakan pulak bersama seaweed. Abg cuma boleh telan seafood . Tu pun makan sikit sangat. Satu suapan jer rasanya.

Paling sedap nasi lekit ni dimakan bersam dried seaweed ( dalam mangkuk kecik di tgh2 gambar,kaler dark green) tu. Fuh..
Sampai jer di Phoenix Park Ski Resort, check-in, mandi, solat, abg terus order maggi. Nasib baik la memang bawak stock. TV channel pun cakap korea jerk. Tido lagi baik daaa…
Yang best nyer, bilik kami (serviced apartment actually) di tingkat yang memang dah tinggi. So selak langsir, nampak pemandangan pergunungan bersalji tu. Siap nampak ader orang dok main ski lagi(board). Gila tul diorang ni, kita ni kat lobi pun terketaq-ketaq sejuk, boleh diorang dok selamba meluncur. Huh. Tapi cuba la diorang tu datang Malaysia. Comfirm meraung sebab tak tahan cuaca punyer laahhh.


Day 03 ~ 18 Dec 2008

Pagi, selesai buat apa yang wajib, kami siap2 untuk breakfast. Be careful, menu yang dihidangkan secara buffet ni banyak yang ada campuran ba alif ba ya. So cuma dapat makan roti ngan telur mata jer. Telur tu pun nasib la dia goreng telur depan mata kita.

Now ski time!! Cheh, takder maknanya. Arie tak sewa pun ski equipment tu. Sewa full set (baju+kasut+equipments) harganya dalam RM150. Masa yang ada pun tak panjang, klau abis masa dok blaja main ski ni, bila la nak ada masa pusing2 kawasan plak. Rupanya ramai gak yang tak main ski. Just main baling2 salji jerk. Selepas hampir 2 jam diorang tu blaja main ski, kami naik gondola ke puncak. Haaa, kat sini yang lagi syookkkk nih.



Abang yang kesejukan.. hehe





Pemandangan Phoenix Park Resort dari dalam gondola



Tengahari lunch di restaurant seafood semalam tuh. Seterusnya ke Everland!
Everland ni salah satu daripada 10 theme park terkenal di dunia. Sebelum sampai korea lagi, arei ngan abg dok fikir dah, berani ke kami naik T-Express ni, salah satu 'ride' yang dasyat lagi menyeramkan nih. Tiangnya diperbuat daripada kayu, nengok dari luar ni pun dah menyeramkan.


Tu la T-Express..

Nekad. Memang arie ngan Abg nak naik jugak. Lagipun memang arie cukup minat ngan benda2 mcm ni. Kat genting highland pun suma permainan yang dasyat2 arie dah naik (salah satunya space shot, gila!gugur jantung!)

Pas tu kami beratur nak naik. Punya la lama kena beratur. Lebih setengah jam.

Dan bila t-Express tu start, Ya Allah! Dasyat tul la benda nih! Dan bila selesai je, satu benda jer terdetik dalam hati; Rasanya tu la kali terakhir arie naik roller coaster and so on! Serammmm!

Cuma rasa sedikit rugi sebab cepat betul cuaca gelap. Banyak lagi tempat sekitar Everland ni yang tak sempat nak pegi. Masa pun terhad.




Santa Claus mata sepet???


Malam tu kami bermalam di Suwon City. Apa ntah nama hotelnya. Letih sangat.


Day 04 ~ 19 Dec 2008

Pagi, breakfast di hotel, then terus check-out menuju ke Seoul. Sebelum tu kami berhenti seketika untuk melawat kawasan Istana lama di Suwon ni. Tak ingat la pulak apa nama istana ni.

Sampai di Seoul, kami melalui Namsan Mountain, yang mana bas-bas persiaran atau bas pelancong saja yang boleh melalui laluan merentasi gunung ni. Unik jugak peraturan macam ni. Selepas tu kami lunch di sebuah restaurant halal di Itaewon. Akhirnya jumpa jugak masakan yang menepati selera tekak melayu kami ni. Sedap plak tu. Nasi putih, gulai ayam, kima, roti arab, dalca, pudding, kek, fruit salad and macam2 lagi la. Aduhai…
Petang. Masa yang ditunggu-tunggu. Shopping di Namdaemun! Tapi Mr. Kim cuma bagi masa 2 jam setengah. Mana sempat! Pilih brooch pun dah dekat sejam. Kat sini cuma sempat grab brooch, mug, wine cup, keychain, and beberapa souvenir lain. Banyak benda tak beli lagi nih tapi masa dah abis. Frust tul. So arie ngan abg berkira-kira akan datang semula malam nanti by ourselves. Dalam perjalanan menuju ke hotel, rombongan berhenti di Ginseng Outlet. Dengar je la taklimat dia, pastu test the ginseng. Ishhh, payau nor rasanya. Selepas tu singgah pula di Amethyst Factory. Apa ke namanya kedainya. Barangan batu kristal etc yang dibuat bersama rantai, gelang dan macam-macam lagi la barang kemas. Tapi mahal sangat lar. Silap haribulan Habib Jewel pun tak leh lawan harga kat sini. Sekali pandang macam beli kat chow kit jerk. (huahuahua mentang-mentang arie tak beli apa2 kat sini)

Seterusnya ke hotel. Jammed! Pukul 8 pm lebih baru sampai hotel. Bengang tul kami. Abis rosak plan kami nak ke Namdaemun semula! Malam tu cuma jalan kaki keliling kawasan hotel je lah mana tahu kot2 jumpa tempat boleh shopping. At last, arie jumpa satu benda yang terberkenan Hehehe nak tau apa? clothes hanger.. Tapi jenis ni ok, tapi rumah. Nyesal beli skit sgt, pasal kat malaysia, susah nak cari hanger design cam ni yang memurah.


Day 05 ~ 20 Dec 2008

Pagi, macam biasa breakfast di hotel dengan menu yang hampir sama jer tiap2 hari. Then kami ke Kimchi School, belajar cara-cara buat Kimchi. Tekak arie memang tak boleh sumbat kimchi ni.

Lepas tu sesi bergaya ngan baju tradisional korea iaitu hanbok. Bab ni yang syok nih.




Seterusnya melalui Blue House, kediaman rasmi presiden Korea Selatan.

Dengan berjalan kaki, kami memasuki kawasan Istana Lama Kyongbok.

Bersebelahan Istana ni adalah National Folk Museum of Korea.

Lunch masih di Itaewon Cuma kali ni kami makan di restaurant lain iaitu di Taj Palace. Menunya yaa ammpunn.. sedap sungguh2! Masakan ala India, memang lazat hingga menjilat pinggan la kiranya.



Sedap sungguh wa cakap lu! The best lauk for me adalah yang kaler oren sebelah kanan tu. Fuh! Rasanya tak penah rasa lagi di Malaysia.


Selesai lunch, kami berkesempatan menunaikan solat di masjid di Seoul nih iaitu di Itaewon.


Selesai solat, kami masih ada masa 45 minit untuk quick shopping di Itaewon ni. Di kawasan Itaewon ni sangat2 mudah untuk mendapatkan makanan halal. Restaurant halal jugak berlambak2 kat sini. Itaewon juga adalah tempat yang popular di kalangan tourist seluruh dunia. Semasa ronda2 kat area ni pun memang muka2 mat salleh jer yang nampak. Tapi gerai2 cenderahati kat sini mahal2 la. Jauh beza harganya dengan Namdaemun.

Seterusnya, ke Dongdaemun, kawasan shopping complex. Kami cuma sempat masuk ke Doota, sebuah shopping complex yang memang terkenal la kiranya kat Dongdaemun nih. Di sini la baru sempat nak borong lebih skit cenderahati. Yang syoknya, kat sini (tingkat 5, kedai souvenir) harganya fix tapi memang jauh lebih murah daripada tempat lain. Abg sempat jugak beli jam tangan untuk anak-anak buah. Kedai2 jam di sini harganya pun ok. Branded and murah sikit daripada harga di Malaysia.


Malam. Kami ke Lotte World. Rasanya Genting Highland tu tiru tempat ni la, pasal sama jerk susun aturnya. Cuma kat sini 20 kali lebih grand la daripada genting.. Layan gambar kay..!
Posing depan salah satu pintu masuk



Macam Disneyland ( macam la arie penah pi disneyland!)

Day 06 ~ 21 Dec 2008

Awal pagi dah kena check-out. Singgah breakfast area Duty Free Centre. Then terus shoot ke epot. Flight kul 10.30am. Vietnam Airlines. Kali ni bertolak lewat plak lebih kurang 10 minit jugak. Hadoi.. Tak faham tul la system depa nih..

Sampai di Saigon. Selepas singgah di masjid, terus kami dibawa ke Ben Thanh Market. Alahai, seksanya nak tawar-menawar harga di sini. nasib la kalau kita kena ngan peniaga yang berlagak. Arie senang jer.. hang nak berlagak, aku pun tak hingin nak beli barang hang..
Tapi kat sini klau pandai bargain, memang murah jugak bebarang nyer. Fabrik pun menarik, cuma memang kena pandai bargain.
Seksanya nak lintas jalan kat bandar di sini... sesak ngan motosikal berderet2 and rapat2. Sapa penah gi vietnam musti tau camna sesaknya jalan raya diorang nih..

Malam, stay di Hotel apa ke namanya. Tak hingat plak. start ngan huruf N. OK jugak hotel ni, cuma lampu toilet pudar sangat, seram. Macam dalam citer korea tu.


Day 07 ~ 22 Dec 2008


Pepagi, after breakfast (roti ngan jem jerk, takut termakan ba alif ba ya), terus ke epot. Balik Malaysia. Dah rindu sesangat kat Airell niii...

Last, but not least.. arie nak kongsi beberapa info and fakta ngan korang tentang seluruh perjalanan ni..

  1. Tour leader kami kena tahan ngan imegresen Korea sebab; nama ala-ala pengganas kononnya (Aminuddin), pastu passport dia showed dia baru pegi singapore, pastu dia ni rambut agak panjang, pastu mcm2 lagi la. Dekat sejam dia kena tahan. Prejudis sungguh terhadap orang Islam.
  2. Orang2 di Korea secara amnya jauh lebih berdisiplin berbanding ngan orang malaysia ni. Contoh paling ketara, klau naik train kat epot tu misalnya, automatik diorang akan buat satu barisan panjang. Bila masuk je kami geng malaysia ni, berterabur abis. Siap berebut plak tu. Hehehe (malunyerrr)
  3. Living cost di korea memang tinggi. Barang2 keperluan pun agak mahal. Tapi setakat sourvenir ngan brooch tu, harganya ok lagi la.
  4. Bekalan makanan wajib ada. Lebih pun takpa. Bergantung sama ada kita boleh telan @ tak makanan orang mata sepet nih.
  5. Kemudahan untuk solat boleh kata hampir langsung tiada. Satu saja masjid di itaewon. Dan kami solat jamak pun di tempat2 menumpang. Cth: ruang pameran perabot kedai, kawasan lapang atas gunung namsan, mana2 tempat yang si tour guide tu rasa sesuai.
  6. Luckily, group kitorang dapat tour guide, Mr. Kim yang sangat2 arie suka. Friendly, bertanggungjawab, sporting, and yang paling penting, dia buat wang yang kita guna di korea sangat2 bernilai.
  7. The most important thing to remember: Sentiasa ada botol mineral dalam bag. Wet tissue pun bagus gak. Sebab kat korea and vietnam ni, mana ada paip air. Kat sinki je ada air. Takkan nak lap ngan tisu je kot? Hehehe.. Toilet bersih, jangan risau.
  8. Kenderaan utama penduduk Vietnam adalah motosikal. Jalanraya sesak betul ngan motor ni. Laju dan berbahaya plak tu, tapi takde eksiden pun. Mat rempit malaysia konpem tabik spring ngan diorang ni. Kitorang nak lintas jalan pun punya lah seksa.
  9. Sesapa nak pegi korea, jangan sesegan tanya tips, especially sebelum korang tempah pakej. Sebab pakej kan ke ada banyak jenis. Of course kena pilih yang terbaik. Hari tu arie pi ngan Poto Travel sebab Poto Travel je yang ader trip tarikh yang kami nak.






No comments:

Sebelum Cahaya