Tuesday, June 30, 2009

Puisi Hikmah

Siang tadi arie kena hadir seminar Program Tempat Kerja Bebas Dadah Peringkat Negeri Kedah di Swiss Inn Hotel. Program ni biasa jer tapi memang pengisiannya bagus jugak. Bukan nak citer pasai program tu sebenarnya ni.

Masa dok belek buku program... di ruang depan tu tertera puisi hikmah yang mana bila arie baca, timbul rasa keinsafan dan menambah semangat arie dalam membesarkan Airell dengan baik.
Jadi arie nak kongsi ngan anda...


Kanak-Kanak Belajar Dalam Kehidupan

Jika anak itu hidup dengan KRITIKAN
Ia belajar untuk MENCELA

Jika anak itu hidup dengan KEKASARAN
Ia belajar untuk MENENTANG

Jika anak itu hidup dengan BELAIAN KASIH
Ia belajar untuk RESAN DIRI

Jika anak itu hidup dalam suasana yang IRI HATI
Ia belajar untuk merasa BERSALAH

Jika anak itu hidup dengan TOLERANSI
Ia belajar untuk BERSABAR

Jika anak itu hidup dengan GALAKAN
Ia belajar untuk BERKEYAKINAN

Jika anak itu hidup dengan PUJIAN
Ia belajar untuk MENGHARGAI

Jika anak itu hidup dengan SAKSAMA
Ia belajar untuk berlaku ADIL

Jika anak itu hidup dengan KERELAAN
Ia belajar MENYAYANGI

Jika anak itu hidup dengan RESTU
Ia belajar MENYUKAI DIRINYA

Jika anak itu hidup dengan PENGHARGAAN
Ia belajar MEMPUNYAI MATLAMAT

Jika anak itu hidup dengan KEJUJURAN
Ia belajar apa itu KEADILAN

Jika anak itu hidup dalam KEIKHLASAN
Ia belajar apa itu KEBENARAN

Jika anak itu hidup dalam KESELAMATAN
Ia belajar MEYAKIN DIRI dan orang sekelilingnya

Jika anak itu hidup dalam KERAMAH-TAMAHAN
Ia belajar bahawa dunia ialah TEMPAT YANG BAIK untuk hidup

No comments:

Sebelum Cahaya