Balik kampung 3 hari, syoknya masa bukak posa. Hari 1st, bukak posa umah mertua.
Hari jumaat, join majlis bukak posa ngan staf oum (geng opis abg) kat Darulaman Suite, Jitra. Abg bagitau sebelum ni depa dok pi makan kat situ sedap.. tapi time kami pegi tu, menunya bolehlah... makanan sangat2 la banyak, tapi takde yang betul2 spesel. Daging kambing (my peveret nih) pun ala2 keras gituu... Nasib baik la sate ayammya sedap.. Airell makan banyak jugak especially kopok... sampai muntah haaa tersedak buah epal. Anyway.. thanks to Pn. Mona atas jemputan tu..
Hari sabtu a.k.a malam tadi, join plak majlis bukak puasa anjuran opis abah. Buat kat Menara Alor Star, restoran yang berputar tu. Agak2 teruja la jugak sebab saja2 nak pi makan kat situ memang takkan punya laa. Lain la abah ngan mak memang dah beberapa kali sebab opis abah tu macam takde tempat lain jer yang diorang pilih. Almost every year kat situ. Makanan di sini pun lebih bervariasi berbanding di jitra tu (but still not the best). Dan arie pun tibai makan kaw2 jugak la walaupun tekak dah meloya2. Si Airell plak sudah buat hal, tak mau dok dendiam kat seat dia. Asyik nak berkepitttt jerk ngan Wan dia. Pastu dok kat cermin tengok panorama sensorang. Takpe lagi. Masa Wan dia senyap2 pi solat kat surau, dia punya meraung terjerit2 sampai suma orang pandang sambil dia dok jalan keliling restoran kot2 terjumpa Wan dia. Yang kita ni nak dukung, boleh dia tepis tangan sambil marah2 (orang dok tengok maunya ingat arie ni mak tiri dia ke hapa!)... Geram tul... Kalau Wan ngan Tok dia ada, kita ni jatuh nombor 3 laaa..
Halal Homemade Kimchi from omo.omo.shop
-
Kimchi-Ya dari omo.omo.shop HOMEMADE HALAL Kelebihan Kimchi Memakan kimchi
mempunyai banyak kelebihan seperti melambatkan penuaan, menguatkan sistem
ketaha...
9 years ago









1 comment:
wah wah.. meriah seh.. sedap ke makan kat menara tu? tak pernah pi lagi..
Post a Comment