Day 01 ~ 23 Feb 2009
Awal pagi tiba di KL. Naik bas ekspess. Takde flight awal2 pagi dari Kedah. Kami semua berkumpul di LCCT. Flight ke Bandung jam 9.50. Perjalanan 2 jam. Di Indon, waktunya lewat 1 jam berbanding Malaysia. Sampai saja, pemandu dah menunggu. Bapak David namanya. Kami menaiki sebuah kenderaan Kia. Tak tau la apa jenisnya tapi lebih besar daripada Kia Carnival dan memang selesa sangat2. Kami check in di Hotel Cemerlang. Selesa jugak la hotel ni. Environment pun bagus. Kami bersiap apa yang patut, terus pegi shopping! Dah namanya pun bandung kan, mana sangat tempat nak melawat.Tempat tuju kami yang pertama adalah Pasar Baru. Inilah tempat yang wajib pegi di Bandung ni. Macam2 barang kat sini. Segala telekung bermacam pesen (fashion), kain lace lagi dan macam2 lagi lah. Untuk hari ni di pasar baru, arie ngan abg cuma borong telekung. Esok confirm akan datang lagi, so sabar2 dulu laa.
Seterusnya kami lunch di restoran (di bandung dipanggil rumah makan) Simpang Raya. Kat sini hidangannya adalah nasi padang. Nasi makanlah sebanyak mana nak makan. Lauknya dihidang dalam piring kecil. Macam2 jenis lauk. Piring yang telah diusik makanannya saja yang akan dikra bayar. Kami pun tibai sungguh2 la. Tambah2 abg ni memang peminat nasi padang.
Di hadapan rumah makan.Destinasi shopping seterusnya adalah Toko Tiga. Di sinilah tempat jual jeans ori pada harga yang berpatutan. Nak kata murah sangat tu tak la, cuma murah sikit jer daripada harga di Malaysia. Banyak jugak beli barang kat sini. Abg grab 3 helai jeans, arie satu jer. Sempat jugak amik untuk abah, belong & amin.
Depan kedai Toko Tiga. Masa ni hujan la plak.
Dari Toko Tiga, kami ke epot untuk amik sorang lagi ahli kumpulan, tapi rupanya dia dah ke hotel. Patah balik la ke hotel untuk jemput Kak Aida ni (lecturer POLIMAS). Pastu terus shoot ke Factory Outlet Rumah Mode. Best gak shopping kat sini. Cuma masa terhad sangat la kat sini sebab dah nak tutup. Sebelum balik ke hotel, kami singgah dinner di rumah makan Dapur Sangkuriang. Sedap tul la makan kat sini. Masakan sunda. Abg tak minat sebab agak manis masakannya. Tapi arie memang suka sgt laaaaa masakan sunda ni.
Maskot Dapur Sangkuriang (yg sebelah kanan tau, bukan kiri ekkk)
Barangan yang sempat dibeli pada hari pertama.
Day 02 ~ 24 Feb 2009
Pepagi lepas breakfast, semetara menunggu rombongan cik kiah yang lain, posing dulu la kat hotel. Hotel ni dekorasinya penuh dengan lukisan2 besar yang cantik dan unik.
Di kawasan lanskap
Abg dengan salah satu lukisan di hotel.
Destinasi pertama untuk hari kedua ni adalah Tangkuban Parahu. Kawasan gunung berapi yang masih lagi aktif sebenarnya. Tempat ni pun kira wajib datang la kalau 1st time ke bandung. Agak sejuk di sini, tapi tak la sampai nak kena pakai jacket (tapi nape arie pakai ekkk)..
Tapi yang paling wajibnya hal ni lah. Berduyun2 penjual datang kerumun. Sungguh2 pujuk beli barang. Klau hangpa nak beli barang tu, letaklah pada harga yang betul2 rendah. Last2 diorang akan bagi gak.. hehehe.. Tapi kesian jugak sebab bape ringgit ops.. rupiah sangat yang diorang untung.
Peminat2 sedang mengerumuni artis dari Malaysia nak minta sain otograp
Dalam perjalanan turun dari T. Parahu, singgah pula di kawasan kolam air panas Sari Atel.
Panas gilerrrr air ni. Tahan je larrTengahari (dah petang sebenarnya) kami lunch di satu lagi rumah makan khas sunda iaitu Balibu. Masakan sunda. Memang sedapppp arr. Menunya lebih kurang macam kat malaysia gak, cuma rasanya lain skit. Tapi memang memenuhi slera tekak arie ni la. Masakan sunda ni terkenal dengan salah satunya adalah Ikan Gurame (macam ikan kerapu jerk). Nengok la cara diorang serve ikan tu. Ikan boleh berdiri tu..

Masa yang ada selepas tu dihabiskan di factory outlet Heritage, Cascade, Summit, Terminas Tas. Dekat2 aje suma tempat ni. Syok jugak bebarang kat Heritage ngan Cascade ni. Banyak pilihan.
Selepas maghrib, kami ke sebuah shopping complex yang terbesar di bandung (the one & only?). Paris Van Java klau tak silap namanya. Kat dalam ni, kitorang dinner ala carte di restoran Solaria. Masakan macam nasi goreng kat Malaysia jugak. Not bad menunya.
Selesai dinner, kami dok bincang apa la aktiviti seterusnya. Ntah sapa la gatai cadang nak gi karaoke. huahuahua..... hemtam je la, dah suma setuju. Teringin jugak nak nengok camna tempat karaoke orang indon nih. Kami pun tuju la 1 pusat karaoke ni, sebelah Paris Van Java ni jer. Arie mulanya tak sempat tengok pun nama pusat ni. Bila dah nak kuar baru perasan. Huyooo, ni tempat Inul punya laa. Hikhik.. Balik, sampai hotel, suma dah longlai.
Wajah-wajah yang mencuba nasib jadi penyanyi (Kak Aida & Arie jer yang tak nyanyi..huihui).. Yazid pun tibai bape banyak lagu... aik.. Abg pun test power... Ira ngan Kak Hasnah maintain ....Barangan hari kedua

Cuba nengok awek indon sorang tuh... posing mengalahkan Bunga Cinta Lestari.. tapi bebudak ni suma memang ramah

Memang syok arrr makan kat sini

Malam selepas maghrib kami ke Jalan Cihampelas. bagi arie kat sini kurang menarik. Barangan tak macam factory outlet lain. Nothing special here kecuali replika superheroes..

Kami dinner secara simple di satu food market klau tak silap Paskal namanya. Tempatnya agak happening cuma berhati-hati memilih gerai makanan. Banyak gerai makanan halal, cuma jangan tersilap pilih. Ada gerai tak halal sebelah2 tu jer.. menunya.. Nasi Goreng Babi.. haiiyakkk!

Gambar atas adalah Amanda Brownies dan gambar sebelah bawah brownies dari Kartika Sari. Bagi Arie, Amanda lebih sedap especially brownies keju (gambar kaler kuning tuh). Sedap gilerrrr..




No comments:
Post a Comment