Last 2 weeks, family arie (mak+abah+Belong+Kak Long+Abg+Amin+Aina+Alia+Airell) sempat meluangkan masa bercuti beramai-ramai. Seronok sebab plan yang dirancang menjadi.
Day 01 ~ 14 March 2009Pepagi lagi mak dah datang umah arie di sungai petani nih. Dalam kul 8.15 kami bertolak ke Lumut. Abg (my hubby) tak ikut lagi sebab kena keja. Janjinya akan turut serta petang nanti. So arie, airell, mak ngan abah pun menuju ke Lumut. Janji ngan family belong kat sana. Diorang bertolak dari KL. Kitorang siap berlumba lagi sapa sampai dulu ke Lumut.. hehehe..
Sampai lumut jam 12.15 tgh. Belong sampai 10 minit awal daripada kami... huh!
Sementara nak parking keta, angkat barang, jalan kedek2, jam 1.30 gitu baru naik feri ke sana. Awal2 lagi Belong dah booked hotel kat sana. Kitorang stay di
Coral Bay Resort dekat Jalan Pasir Bogak. Amik apartment type, pasai kitorang ni pun kira 3 family arr.

Menunggu giliran menaiki feri
Pukul 2 lebih check-in. Belong ngan amin gi beli lunch, kitorang rehat je la and tunaikan apa yang patut.
Lepas asar, baru start aktiviti. Suma setuju nak terjun kolam dulu. So hentam laaa.. 2 anak dara kecik tu la yang paling seghonok!.. Airell pun tak kalah.. siap kayuh pelampung ngan kaki lagik!

Suma mandi kolam kecuali mak
Dah selesai mandi kolam, kami siap-siap nak kuar. Kol abg, dia dah kuar dari opis, on da way ke lumut... alahai, sempat ke nak naik feri ni...
Petang tu elok jer kami naik keta sewa, hujan turun selebat-lebatnya. Hadoi, jalan pun tak nampak. Kaw2 punya ujan lebat. Sudahnya pusing2 pulau je la. Tak kuar dari keta pun.
Pastu kitorang terus shoot untuk dinner sambil tunggu nak amik abg di jeti. Kol abg, jauh lagi rupanya. Dah pukul 8.00 mlm, kol abg, katanya silap jalan, tak jumpa jalan ke jeti..hadoi!!! Pedih rasanya dengar. Rasa terkilan la konon takut abg tak sempat naik feri. Dah frust dah. Pastu abg kol pukul 8.30 mlm, kata dah ada dalam feri. Leegaaa!!
Lepas kitorang dinner, tapau sesiap kat abg pasai dok ujan lagi nih, maleh nak kuar dah.
Dan malam tu sesi nengok video. Belong pasang video cam, rakaman family dolu2....
Day 02 ~ 15 March 2009
Pagi, lepas suma dah siap cecantik, kitorang gi bekfes kat Teluk Nipah. Ada la gerai ni, pelanggan ramai gak, so ingat memang ok la yek. Huh! Dah la harga macam makan kat restoran aircond, sambal nasi lemaknya tak sedap langsung. Putus selera.. Agaknya pasai tak banyak pilihan kot, tu pasai mcm ramai je ke kedai nih...

Gambar atas tu la gerainya. Not recommended!
Pulau Pangkor ni tak de sangat pun tempat menarik. Hanya istimewa buat orang yang suka aktiviti air seperti memancing, menyelam, etc..
Ni kesan Kota Belanda. Salah satu tempat 'menarik' untuk dikunjungi.. (ye la tu...)
Then kami ke kilang produk makanan laut. Kat sini borong la macam2 jenis produk.
Balik hotel, mandi kolam lagik.. suma kecuali kak long, mak ngan abah. Kul 12 tgh lebih, kitorang check out, singgah pekan pangkor beli sikit lagi souvenir (fridge magnet wajib beli la kan)

Kat lobby. Airell dah terguling 'pengsan'. Letih mandi kolam la kot.
Sampai lumut, baru nak lunch, amik keta, terus ke teluk batik. Mandi pantai plak. Tapi arie tak join pasai airell bantai lena punya la lama. Tak merasa dia nak main pasir.

Dari mula sampai hingga nak balik dia leennaaa...

Syok main pasir
Selesai, ke Tambun. Malam ni kitorang check in di Alpine Village Service Apartment. Memang selesa dan recommended untuk yang mencari2 service apartment area tambun nih.

Alpine Village Service Apartment
Day 03 ~ 16 March2009
Dari jam 11 pagi masuk. Tak sampai 5 minit dari tempat kami menginap. Syok tul la kat sini (Atau mungkinkah keseronokan itu kerana dapat bersama semua ahli keluarga?)

Airell & 'Agnes Monica'

Luas jugak tempat ni sebenarnya. Lengkap dengan semua kemudahan.

Berani oorrr arie naik slide ni. Laju gilakk sampai nak tercampak dari pelampung tu! Kata assistant kat situ, klau badan berat lagi arr laju meluncur, siap boleh tergolek lagi. (Dia bagi info atau dia perli arie sebenarnya..??)
Petang, tak sempat nak naik ride yang lelain tu sebab ujan. Takpelah. Dah puas mandi dan buat apa yang wajib, kitorang ke Ipo Parade. Belong cadang main bowling. Jadik! Lama tul tak main nih, main dulu2 pun bola tu cam malu2 nak sepak pin.
Kali ni suma main kecuali mak. Mak takut sakit tangan kot.. hehehe... takpe, leh tolong kepung cucu.

Yang tokojutnya, kak long memula taknak main, pasal belong dok gelak kat dia dulu main markah tak sampai 30 pun. Sekali kak long main, aiyooo! lebih 100 markah. Juara plak tu. Belong no. 2. Arie?.. Tuuuuttt.........

Airell.. klau kat shopping complex jangan harap la nak dukung. Dia pun nak window shopping.
Malam punya la seksa nak cari restaurant yang special kat ipoh ni. Lastly, call epi (geng JAS) tanya pasai tempat makan and dia cadangkan Restaurant Sabar Menanti. Nak cari mudah jugak sebab amin guna GPS.
Day 04 ~ 17 March 2009
Pagi, check-out, bekfes kat area ipoh. On day way balik ke Utara, singgah kat Kellie's Castle dulu. Mak ngan abah tak naknaik, pasal diorang dah penah naik. So, kami berlima yang muda2 ni je lah.
Gayat betul bila berdiri di bumbung yang paling atas tu..
Petang, menuju ke Kuala Sepetang! Memang plan ke Kuala Sepetang ni dah masuk dalam plan asal. Pasal apa? Of course la pasal mee udang dalam rancangan majalah 3 tuh. Sebenarnya tempat ni memang dah glamour, cuma bertambah glamour bila dah masuk program tv.
Ramai sungguh2 pelanggan kat kedai Mak Teh ni. Keta berderet2. Rombongan bas pun ada. Macam kenduri kawin la plak. Nasib baik masa kami sampai tu, ada group bangun, tidak kalu, kena tunggu lama plak.

Gambar kecik atas tu yang arie order.
Harga:
Untuk udang laut yang paling besar = RM12 sepinggan (ada 7 ekor, gambar atas)
Untuk udang laut yang sederhana besar = RM10 sepinggan (ada 12 ekor, yg belong makan tu)
Untuk udang kolam = RM6 sepinggan
Sebelah malam, lebih kurang jam 8.10, kami masuk zoo taiping plak. Night safari. Saja kami kesini, nak tengok apa la yang menariknya night safari ni. Kami naik train jer, sebab macam tak best jer nak jalan kaki.
Tak syok la night safari ni. Nothing special. Dah la tiket lebih mahal daripada masuk waktu siang. berapa kerat sangat binatang yang nampak memalam ni. Masa lintas depan sangkar harimau kumbang pun, airell siap jerit2 "cat..! Nyiau!Nyiau!" hehe.. dia ingat kucing daaaa...

Keluar dari zoo, kami masuk keta masing-masing, dan bertolak balik. Mak ngan abah balik alor star, amin pun ikut balik alor star, belong & family dia balik umah mertua kat penang.
Dan inilah percutian keluarga yang sangat2 bermakna..
No comments:
Post a Comment