
Tengahari semalam sempat gi nengok wayang ngan abang. Abang ni memang peminat cerita seram, tapi yang betul2 seram je la. Nengok trailer filem Jangan Tegur, fuh seram tul! So berkobar2 nak gi tengok.
Movie dah start, huiyyooo sound effects memang kaw2 buat meremang bulu roma. Bagi arie, permulaan cerita memang seram. Babak Nadia Mustafar (watak Baizura) ngan arwah nenek dia. Tapi bila dah mula ke pertengahan cerita, arie dah mula bosan. Ngantuk pun ada. Dah la babak tak seram dah pun, pastu jalan cerita tu klise sangat. And the ending (babak julia ziggler) buat arie tak puas hati langsung! Ish apasal setakat ni jer yang mampu pengarah filem Malaysia buat???
Dah la masa tayangan tu berapa kali penonton dok tergelak, mengajuk cara elly suriati bertutur. Dah macam pah bedah haaa.
Movie ni cuma menarik pada intronya ajer. Yang buat filem ni seram cuma sound effects. Harap ke jalan cerita, best lagi nengok citer Main-main Hantu (alaa, citer lama yang melissa saila berlakon tuh)
Kesimpulannya, Jangan Tegur ops! Jangan Tengok!




No comments:
Post a Comment