Sunday, October 25, 2009

Panggilan Haji


Seminggu yang lepas cuti panjang... sempena nak antar mak ngan abah ke kl untuk ke mekah bagi menunaikan haji. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan pada mak dan abah untuk berpeluang menunaikan haji pada tahun ni... Bertolak ke kl pada pagi Isnin 19hb. Beberapa hari sebelum tu, Ngah Yah dan mak teh datang tido di rumah.. sejak jumaat lagi.. untuk tolong masak2 dan jamu orang yang datang menziarah... lega ada depa.. nak harap arie ni sensorang pempaham je laa..

Hari selasa, dalam kul 3 petang kami keluar dari umah belong di Ampang Saujana. 7 dewasa berbadan besar (kecuali kak long, maintain gitu.. hehe), 3 budak yang tak mau dok dendiam, ditambah dengan beg besar 2 bijik plus beg sederhana 2 bijik, semua ni disumbat masuk dalam Exora abah. Boleh bayang sepadat mana? Dah tak mau naik 2 bijik keta, kena la berhimpit.. tapi syok ooo naik reramai... muhibbah gituu...

Sebelum sampai kelana jaya, singgah makan di IOI mall.. agak lama di sini, sebab kena layan kerenah bebudak tu main kuda pusing lagik. Dalam kul 6, Pak Lang kol, kata dia dan mak lang dah sampai di kompleks tabung haji. Kesian plak kat depa, sebab kami pukul 7 lebih baru tiba di sana... My cousin pun ader... wan tam. Datang ngan abang ipar dia.

Dalam kul 9 gitu, abah dan mak dah kena masuk tempat menunggu. Memula sampai tadi rasanya arie takde la nak sebak ke apa ke.. cuba la kontrol.. tapi tak boleh jugak rupanya... ni airell la yang start dulu... dari awal sampai memang dia tak mau lepas langsung wan dia. Macam tau-tau jer wan dia nak gi jauh.

Dan paling arie sedih bila airell menjerit2 tak mau lepaskan wan dia. Rasanya ni la tangisan airell yang paling 'over' sampai satu kompleks tu dengar kot. Diikuti la air mata yang lain2 plak. Lorr... abang pun nangis keee... :-)

Rabu, dah nak bertolak balik ke kedah. Asalnya, Amin nak hantarkan terus ke LCCT, tetiba dia kena balik JB cepat , urusan kerja.. so tengahari tu kak long tolong hantar sekerat jalan je la sebab dia ngajar petang. Merasa la airell naik lrt. Kalau la boleh rakam muka excited dia masa naik lrt tuh. Pastu naik skybus ke LCCT. Airell memang dah cam kapal terbang sejak2 dia nengok citer awan dania bebaru nih.. hehe..

Tapi seksa gak nak kontrol dia dalam flight... nak berdiri, tak mau pakai seatbelt, siap main tutup2 tingkap... sabo je la..

Dan petang tu jugak amik keta di umah mak, check keadaan umah, terus balik sp...tak berani lelama kang airell teringat lagi kat tok ngan wan dia...

Sekarang mak dan abah masih si madinah. Arie doakan semoga mak dan abah sentiasa sihat, selamat perjalanan pergi dan balik, dan moga beroleh haji mabrur. Aminn....


Part yang paling susah bila nak bawak dia turun dari 'benda' nih... dia pegang punya la kuat, menjerit tak mau turun...

Our family with Pak Lang & Mak Lang. Agak blur plak gambar nih..

Mama & Airell @ LCCT. Kat sini pun tak larat nak kepung dia... ader jerk agenda dia nak meronda

Ready to fly?

No comments:

Sebelum Cahaya