Hari ni harijadi abah yang ke 55. Dah 55 tahun umur abah. Tapi abah masih kuat dan gigih bekerja untuk memberi kesenangan kepada isterinya, anak-anak, menantunya, dan cucu-cucunya.Sekarang abah di madinah. Kalau tak silap, hari ni rombongan abah akan bertolak ke mekah pula.
Biasanya tiap-tiap tahun kitorang mesti celebrate besday abah, walaupun sekadar makan2 kecil. Tapi tahun ni tentu lebih bermakna buat abah bila tarikh ni jatuh pada waktu abah berada di tanah suci.
Apa-apa pun, walau di mana abah berada, Kekni doakan abah sihat selalu, dilindungi Allah, bahagia dengan kehidupan yang kita sekeluarga lalui sekarang dan moga sentiasa dilimpahi rahmat-Nya.
Terlalu banyak pengorbanan abah buat kami semua. Sampaikan semasa entri ini ditaip, air mata pun hampir2 nak menitis....
Kekni sayang sangat pada abah...
I luv u so much...
Tahun ni bagi hadiah jam kat abah. Sebelum abah bertolak ke madinah lagi dah bagi siap2 jam ni sebab abah takde jam. Hilang dikebas penyamun yang ceroboh masuk rumah bebaru nih.




No comments:
Post a Comment